Dear Diary

Our Love & Life getting stronger than we thought...

5 Perkara Lelaki Ingin Tahu Tentang Wanita

1. Siapa Anda Lelaki tidak bersikap terburu-buru dalam usaha mengenali seseorang wanita. Selalunya, lelaki akan berlagak tenang dalam soal mengenali siapa diri anda tetapi agak gopoh dalam usaha memenangi hati gadis pujaannya. Lelaki akan menilai anda daripada aspek komunikasi, reaksi, bahasa tubuh dan cara anda mengendali sesebuah situasi.

2. Tahap Sensitiviti Lelaki suka menduga dan awas, antara perkara yang mengusik naluri ingin tahu mereka ialah tahap sensitiviti.

3. Kerenah Cerewet Mendampingi gadis yang cerewet adalah pengajaran sejati buat lelaki. Justeru, lelaki akan mengintip sejauh mana sifat tersebut kepada mana-mana wanita di sekitarnya.

4. Taraf Sosial Lelaki tidak sewenangnya mendekati seseorang gadis tanpa mengetahui taraf sosial gadis tersebut. Ini amat penting bagi lelaki mencari keserasian bukan saja dengan gadis terbabit malah, individu di sekitarnya.

5. Status Antara perkara yang kebanyakan lelaki ingin ambil tahu. Lelaki selalunya akan menolak atau menjauhi gadis yang mendatangkan risiko (kekasih, isteri atau tunangan orang) kala menjalinkan perhubungan.